Saturday, October 24, 2009

RENUNGAN KITA BERSAMA

HARGAILAH ISTERI ANDA
Mulianya seorang isteri di sisi Allah dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.
Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan. Tempat manusia dijadikan. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. Dalam sebulan ada 7 sehingga 15 hari bercuti. Dia tidak wajib bersembahyang tetapi Allah anggapkan di waktu itulah sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Bila dah bersalin, menyusukan anak. Menyusukan anak adalah wajib walaupun mengakibat fizikal menjadi kendur dan menggelebeh. Si suami pulak, janganlah berebut dengan anak untuk menyusu pula. Cuti ini bukan cuti sesuka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Bila dah habis cuti tu, layan lah suami. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:-
"Berjimak dengan isteri itu mendapat pahala."
Orang lelaki memang tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib bagi lelaki dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk isteri. Sepanjang dia mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi yang dikandungnya seluruh dosanya habis. Inilah nikmat yang Tuhan berikan kepada seorang isteri. Jadi, kenapa perlu takut untuk beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu telah dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk ke Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya itu akan memberi pahala kepada isterinya, tetapi dosa-dosa suami, si isteri tidak akan menanggungnya. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala tambahan yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya, bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah dan sebagainya. Ganjaran dari Allah ke atasnya jua. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, isteri tak mahu masuk syuga tanpa suaminya. Jadi, dia pun memberi pahalanya kepada suaminya untuk lepas masuk ke syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan, isteri boleh membantu apatah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri yang asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala tambahan ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak dan isteri yang tak dididiknya akan ditanggungnya. Ini ditambahkan lagi dengan dosa-dosa yang lain.
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak menderhaka dengan-Nya. Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala atau kaki. Bukan juga dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki). Lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man. She was not created from his head to top him. Nor from his feet to be stepped upon. She was made from his side to be close to him. From beneath his arm to be protected by him. Near his heart to be loved by him.
"Wahai Tuhan! Ku tak layak ke Syurgamu. Namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu. Kamilah hamba yang mengharapkan belas darimu. Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa-dosa kami. Dosa kedua ibu bapa kami. Dosa semua umat-umat Islam. Sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia."
Kubur itu gelap. Cahaya yang meneranginya ialah 'Laailaahaillallah'. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laailaaha illallah' ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-
"Wahai manusia! Ucaplah 'Laailaahaillallah', kamu pasti berjaya!"
Oleh itu, marilah kita sebagai umat Islam, sentiasa mengucapkan kalimah ini:-
"Laailaahaillallah!"

No comments: