KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEJABAT:-
Keperluan latihan bagi pegawai-pegawai dalam Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pengurusan dan pentadbiran pejabat adalah amat penting. Merujuk kepada keperluan semasa, masih terdapat banyak kelemahan dari aspek urusan pentadbiran, dokumen, perhubungan, tanggungjawab dan perkara lain yang berkaitan dengan perkhidmatan telah berlaku. IAB telah menyediakan satu pakej latihan yang lebih intensif dan berfokus bagi membantu usaha Kementerian Pelajaran merealisasikan hasrat "Pengurusan Cemerlang Tanggungjawab Kita".
Sehubungan dengan itu bagi memenuhi latihan dalam bidang tersebut maka Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pejabat perlu diadakan bagi menyediakan tenaga kerja mahir dan dapat melaksanakan tugas seperti mana yang diharapkan di institusi pendidikan terutama di sekolah-sekolah. Kursus ini akan memberi kefahaman yang mendalam tentang penhgetahuan dan kepakaran yang sedia ada dalam bidang ini. Ini akan membolehkan peserta melaksanakan tugas mereka dengan lebih cemerlang.
Kursus ini juga merupakan satu usaha untuk melengkapkan diri para peserta dengan ciri-ciri dan tabiat yang sesuai dalam melaksanakan pengurusan dan pentadbiran pejabat di institusi pendidikan. disamping itu juga, kursus ini akan memberi peluang untuk bertukar-tukar pengalaman dan menjalinkan jaringan hubungan di peringkat nasional.
4 comments:
bos kini adalah di IAB? UTARA atau GENTING?
Wa baru balik dari IAB GENTING hujung minggu sudah. Lima hari atas bukit. Bilik F218.
haiya, wa skrang ade di IAB Genting maaaaaaa
saya pun akn kursus kat sana bulan depan. mana la tau kot2 dapat bilik 101. hehehe.
he eleh 101 tuh manyak maaaa.
A101, B101, C101, D101, E101 dan
F101.
Haiya! mau jumpe bilik ajer? ner tau kut2 kumpe teman. boleh naik "skyway" berdua... huhuhuhuhu
Post a Comment