TAWAF WADA'
3. Meninggalkan Tawaf Wada' tanpa uzur terbahagi kepada tiga keadaan:-
a. Tiada dikenakan dan dan tidak berdosa:-
i. Orang yang masih belum menyempurnakan mana-mana rukun haji
ii. Orang yang keluar dari kawasan kota Makkah kemudian dengan tidak semena-mena bermusafir.
b. Berdosa dan tidak dikenakan dam:-
Orang yang meninggalkannya dengan sengaja dan mengetahui hukum wajibnya dengan tiada berazam untuk kembali bertawaf. Kemudian sebelum sampai ke destinasinya ia teringat wajib membayar dam tiba-tiba ia berpatah balik melakukan tawaf. Maka berpatah baliknya itu menggugurkan dam tetapi tidak menggugurkan dosa.
c. Berdosa dan wajib membayar dam:-
Selain dua perkara tersebut, seseorang itu umpamanya meninggalkan Tawaf Wada' dengan sengaja tanpa uzur syar'ie.
5. Tawaf Wada' tiada gugur kerana jahil atau lupa:-
Merujuk kepada sebab-sebab yang mengharuskan seseorang itu meninggalkan Tawaf Wada' seperti yang disebutkan maka jahil dan lupa tiada termasuk dalam sebab-sebab yang menggugurkan Tawaf Wada'.
6. Waktu melakukan Tawaf Wada'
Mengerjakan Tawaf Wada' tiada harus, melainkan setelah mengerjakan Tawaf Ifadhah. Sayugia dilakukan Tawaf Wada' setelah selesai semua urusan sebaik sahaja seseorang selesai mengerjakan Tawaf Wada' ia harus meninggalkan Makkah kecuali kerana menyediakan keperluan perjalanan seperti menunggu kenderaan atau membeli makanan untuk bekalan atau mengangkut barang yang hendak di bawa bersama. Demikian juga jikalau didirikan sembahyang maka ia bersembahyang bersama.
7. Wajib mengulangi Tawaf Wada':-
Imam Syafie , Imam Malik dan Imam Ahmad bersependapat tentang wajibnya mengulangi semula Tawaf Wada' bagi orang yang melengah-lengah meninggalkan Makkah selepas Tawaf Wada'. Sementara Imam Abu Haniffah menyatakan bahawa seseorang itu apabila melakukan Tawaf Wada' selepas daripada nafar daripada Arafah maka tiada halangan baginya bermukim selepas itu walaupun sehingga sebulan atau lebih, tawafnya sah. Di sisi Mazhab Hanafi juga harus bertawaf wada' pada hari-hari nahar dan kemudiannya.
8. Perselisihan pendapat ulamak tentang kedudukan Tawaf Wada' sama ada ia termasuk di dalam ibadat haji atau ibadat bersendirian:-
Imam Al-Baghawi Al Husain Abu Muhamad Ibnu Al-Firar-51 hijrah, Abu Said dan lain-lain berpendapat bahawa Tawaf Wada' adalah ibadat mustaqillah. Ia diwajibkan kepada sesiapa juga yang hendak meninggalkan Makkah sama ada ia penduduk Makkah atau lainya.
Iman Al-Haramain berpendapat Tawaf Wada' iatu sebahagian ibadat haji. Dengan itu tiada wajib Tawaf Wada' melainkan bagi orang yang mengerjakan haji apabila ia hendak berangkat keluar dari Makkah.
Menurut Al-Imam Abu Kassim Al-Rafai, pendapat di atas itu adalah yang asah kerana mentakzimkanTanah Haram iaitu menyegerakan tuntutan Tawaf wada' kerana keluar dari Tanah Haram dan tuntutan berikram kerana masuk ke Tanah Haram dan para ulamak bersependapat bahawa sesiapa yang mengerjakan haji dan bermukim di Makkah tiada dituntut Tawaf Wada' baginya.
9. Qaul yang asah terhadap hukum Tawaf Wada':-
Hukum tawaf bagi di atas qaul yang asah adalah wajib di sisi Imam Syafie, Abu Hanifah dan Ahmad bin Hambal kecuali Imam Maliki dan qaul yang kedua dalam mazhab Syafie hukumnya mustahab atau sunat membayar dam kerana meninggalkannya sama seperti oendaoat Imam Malik.
No comments:
Post a Comment