Friday, October 9, 2009

SURAH AR-RA'D (GURUH)

Surah Ar-Ra'd (guruh) mengungkapkan isyarat bahawa guruh pun mensucikan Allah. Surah ini terdiri daripada atas 43 ayat yang dimulai dengan penjelasan tentang turunnya Al-Quran wahyu Allah. Diterangkan kemudian tentang kekuasaan Allah terhadap jagat raya dan kecanggihan ciptaan-Nyaserta bagi-Nya tiada kesulitan untuk mengembalikan dan membangkitkan.
Dijelaskan pula bagi manusia yang sudah berasa terseksa di dunia, apatah lagi di akhirat, di mana seksa Allah bagi yang ingkar jauh lebih dahsyat. Berikutnys dijelaskan bahawa betapa erat hubungan antara seorang mukmin dan tuntutan kemanusiaan dan jauhnya sikap orang kafir dan tuntutan Al-Quran serta penolakan dan cemuhan terhadap Rasul.
Dalam hal ini Allah akan membalas segala yang dibuat manusia. Diterangkan oleh ayat berikutnya bahawa Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar yang akan berlangsung sampai masa berakhir sehingga Muhammad tidak perlu kecil hati kerana yang membenarkan risalahnya adalah Allah Yang Maha Agung.

No comments: