Thursday, October 1, 2009

KUALITI JIWA DAN HATI

Kebanyakan orang mempunyai anggapan yang salah bahawa kekayaan terdiri dari wang. Wang memang baik dan diperlukan tetapi wang tidak dapat digunakan untuk membeli hal-hal yang diperlukan oleh jiwa kita. Padahal kekayaan jiwa, kekayaan mental dan kekayaan karakterlah kita dapat mengamankan keberkatan hidup yang paling subur dan indah iaitu kebahagiaaan dan kedamaian fikiran.
Kebanyakan orang juga dibuai oleh tanggapan bahawa kebahagiaan diperolehi ketika hasrat telah tercapai. Keperluan kita dapat dipuaskan tetapi tidak begitu dengan keinginan-keinginan kita. Keinginan kita memang terlalu luas dan tidak terbatas. Keinginan kita umpama lautan. Satu keinginan menjadi semakin besar dan semakin besar pada masa keinginan lain dipenuhi. Yang dapat dibeli dengan wang hanya sebahagian kecil saja dari keperluan manusia.
Wang tidak dapat menyediakan kesihatan, karakter dan kebahagiaan bagi kita. Salah satu kekecewaan besar yang dialami oleh ramai orang kaya dalam hal kewangan tetapi miskin dalam hal kesihatan, karakter atau kebahagian adalah benar-benar suatu kemelaratan.
Selama menempuh perjalanan hidup, ingatlah selalu akan satu perkara iaitu, jangan berlebih-lebihan menghargai kekayaan dalam bentuk wang semata. Kekayaan ini sama sekali tidak sebanding dengan kekayaan karakter, keperibadian yang menyenangkan dan menarik, kesihatan jiwa, kebahagiaan dan kedamaian fikiran. Jangan sampai pencarian wang membuat kita menyeleweng dari tugas mengisi gudang mental, spiritual dan karakter anda.
Berikan tekanan pada hal-hal yang benar. Kalau kekayaan wang dapat membantu kita dalam usaha kemanusiaan, maka bergeraklah dan dapatkan lah kekayaan yang melimpah dengan cara yang jujur. Namun ingatlah selalu bahawa yang lebih penting adalah memperolehi kualiti jiwa dan hati

3 comments:

asilahmuhajer said...

masa saya di sekolah dulu, setiap sabtu dan ahad, lepas subuh, ada program jana taqwa. macam ceramah agama la.

sampai sekarang, saya sentiasa ingat satu kata2 ustaz saya. dia kata, jangan jemu dengar ceramah agama. itu makanan rohani. tapi masa tu saya tak faham.

bila saya dah kerja dan berkeluarga, masa untuk saya dengar ceramah agama dah berkurang. nak gi masjid, sape nak jaga anak. kat tv pun, bukan selalu dapat tgk. kdg2 ada kerja lain.

so, bila jumpa blog atau email seperti ini, saya memang suka baca. teringat ustaz saya tu. hari ni saya dapat memberi makanan pada jiwa saya. terima kasih.

amalhaj said...

yang baik itu hanyalah dari Allah swt. Dialah Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Memahami.

amalhaj said...

yang baik itu hanyalah dari Allah swt. Dialah Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Memahami.