Wednesday, October 21, 2009

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL SATU PANDANGAN MENYELURUH

PENDAHULUAN
Persoalan kepimpinan diperkatakan di mana-mana dan merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia sama ada dalam soal-soal social, politik, ekonomi mahupun kerohanian. Pemimpin amat aramai tetapi pemimpin yang membawa perubahan baikkepada kehidupan manusia atau organisasi yang dipimpin, amat wajar dikaji dan dicontohi. Sebarang kejayaan dan juga kegagalan sering dirujuk kepada keberkesanan pemimpin bagi mana-mana organisasi. Banyak sekolah yang cemerlang tetapi banyak juga yang tidak berjaya. Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP) telah dikenal pasti bahawa antara isu-isu dalam system pendidikan ialah “kepimpinan masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instruksional leadership) yang berkesan”. Usaha perlu dibuat supaya kejayaan dan kecemerlangan dapat dikongsi kerana ia menjadi matlamat bersama,
KEPIMPINAN
Dari satu sudut, kepimpinan didefinisikan sebagai “setiap tindakan yang menumpukan sumber-sumber kea rah matlamat yang benar-benar bermanfaat.” Tindakan adalah perkataan yang dinamik. Perkataan ini menggambarkan pergerakan dan inisiatif. Pemimpin perlu bertindak apabila berhadapan dengan masalah semasa melaksanakan pemilihan atau membuat keputusan. Pemimpin perlu bertindak secara proaktif begi menggerak dan merangsang orang lain untuk bertindak. Pemimpian mungkin memiliki segala idea besar atau wawasan agung tetapi jika tindakan tidak diambil atau dilaksanakan tiada apa-apa yang boleh dihasilkan. Dia tidak akan menjadi seorang pemimpin yang berkesan. Pemimpin perlu berfikir panjang tetapi bermenung terlalu panjang perlu dielak. Pemimpin perlu bertindak secara wajar dan cepat untuk merebut peluang yang ada di hadapannya.
Seorang pemimpin memerlukan penumpuan, mereka tidak hanya memimpin dengan mengarah tetapi juga melalui contoh yang baik. Profesor J.E. Adair dalam bukunya Industrial Society (U.K.), yang juga penyokong kepada teori kepimpinan yang bterkenal menekankan bahawa, “segram contoh lebih bermanfaat daripada sekilogram reguran.” Beliau juga mencadangkan agar pemimpin perlu melakukan perkara yang diperkatakan. Dalam erti kata lain, pemimpin patut menegaskan bahawa, “apa yang dikata, perlu dikota.”
Perlu diingati bahawa pemimpin bukan hanya mengarah. Pengikut pula biasanya tidak suka jika sentiasa diarah. Mereka juga menganggap diri mereka sebagai penyumbang untuk mencapai matlamat. Oleh itu, pemimpin harus mengambil kira perasaan, harapan dan kecenderungan dalam membuat keputusan yang melibatkan mereka semua.
Maksud sumber dalam definisi di atas termasuklah manusia yang cekap, mesin, proses atau kaedah, bahan, hardware atau software dan persekitaran yang menggalakkan. Kesemua ini perlu dioptimumkan penggunaannya. Oleh sebab itu sumber perlu diurus dengan cekap.
Matlamat yang bermanfaat ialah metlamat bersama yakni sebarang kejayaan bukanhanya dilihat untuk satu pihak tetapi faedahnya akan dinikmati oleh golongan yang lebih besar. Kejayaan murid bukan hanya kegembiraan pihak sekolah kerana matlamatnya tercapai atau oleh ibu bapa kerana ia juga kejayaan keluarga tetapi akan dinikmati oleh seluruh bangsa dan negara pada jangka panjang. Anak yang berjaya ini pasti dapat memberi sumbangan kepada kemajuan negara. Dalam konteks ini bayangkan jika usaha tidak menemui kejayaan sebaliknya hanya kegagalan? Negara bukan sahaja tidak mendapat manfaat malah hanya akan mendapat padah.
ANALOGI
Tanggungjawab seorang pemimpin boleh diibaratkan seperti suatu perjalan. Sebelum memulakan perjalanan tersebut seseorang pasti ada matlamat yang hendak dituju dan dia sedar dari mana ia bermula. Ia harus sedar dari segi jarak, walaupun tidak spesifik tetapi sekurang-kurangnya ia mempunyai persepsi tentang dekat atau jauh perjalanan yang akan dibuat. Satu lagi aspek penting ialah masa atau tempoh. Persoalan yang perlu dijawab ialah waktu sampai dan tempoh masa yang perlu diambil untuk sampai ke destinasi. Unsur destinasi, masa dan jarak ini penting untuk membantu pemilihan menggunakan kenderaan awam, jalan darat, air atau udara. Begitulah juga pemimpin satu organisasi sekolah. Seorang pengetua atau guru besar perlu bermula dengan menentukan visi iaitu hala tuju ke arah mana sekolahnya akan dibawa. Setelah ada hala tuju, ia perlu memilih strategi yang sesuai untuk mencapai matlamatnya.
Kapal yang belayar tanpa haluan sama seperti kapal yang hanyut. Sebuah kapal diketuai oleh seorang nakhoda dengan dibantu oleh beberapa kelasi. Nakhoda harus melaksanakan tugas navigasi dengan cekap supaya kapal tidak hanyut. Kelasi pula perlu mematuhi segala arahan nakhoda. Bagaimana kalau kelasi tidak patuh kepada nakhoda, hingga sanggup membocorkan kapalnya? Padahnya amat buruk. Bayangkan kapal ini sebagai organisasi atau sekolah yang anda pimpin. Adakah anda mempunyai hala tuju, strategi yang tepat dan pasukan yang mantap untuk mencapai matlamat organisasi?
RASIONAL PROGRAM KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
Program ini perlu diadakan setelah mengambil kira rasional seperti berikut:-
a. Perubahan tamadun manusia
b. Konsep “Tacit Knowledge”
c. Perubahan dalam sistem pendidikan
d. Perlunya mengurus kejayaan (managing success)
a. PERUBAHAN TAMADUN MANUSIA
Kita sudah melalui lima zaman iaitu zaman memungut dan memburu, zaman pertanian, zaman industri, zaman maklumat dan zaman kebijaksanaan. Dua tamdun yang terakhir ini berlaku dalam tempoh yang amat singkat berbanding dengan tamadun-tamadun sebelumnya. Pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21 kita sempat menyaksikan peralihan dua tamadun. Penciptaan komputer sekitar tahun 70’an membawa kepada berlakunya perubahan pesat dalam tamadun manusia yang dimulai dengan teknologi maklumat (IT) dan diikuti kemudiannya dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Perhubungan menjadi amat sofistikated sehingga mengubah corak ekonomi global daripada ekonomi berasaskan pengeluaran (production based economy) kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (production based knowledge). Apabila ilmu pengetahuan menjadi asas keseluruhan penghidupan, maka kebijaksanaan (wisdom) menjadi factor utama tamadun manusia pada awal abad ke-21 ini. Orang yang bijaksana akan mampu bersaing dalam tamadun baru ini dan mereka menganggap dunia sebagai sebuah kampong (global village).
Seharusnya corak pengurusan masa kini turut berubah. Konsep “pengurusan pengetahuan” (knowledge management - KM) telah mula diamalkan menggantikan stail pengurusan terdahulu. Dalam konsep KM ini, satu model pengurusan dikemukakan sebagai prasyarat kepada kebijaksanaan. Model tersebut dikenali sebagai “Model DIKW” iaitu Data – Information – Knowledge – Wisdom.

No comments: