Thursday, November 12, 2009

BERANI HADAPI KENYATAAN

Dari berbagai macam kenyataan yang mesti dihadapi oleh setiap orang, ada beberapa perkara yang dicari dengan sengaja dan ada yang selalu luput dari pemandangannya. Orang seringkali beranggapan telah mempunyai jawapan sebelum ia memiliki bukti yang memadai. Satu di antara maksudnya ialah mengenali kenyatan yang digaulinya secara langsung. Apakah erti kenyataan? Apa yang harus dihadapi oleh guru? Apa yang harus dihadapi oleh murid? Para ahli filsafat, guru, penyair dan orang lain telah mencuba untuk menerangkan erti kenyataan dan kebanyakan orang sependapat bahawa mengenal kenyataan itu relatif sifatnya.
Guru belajar mengenali kenyatan dalam hubungannya dengan dirinya sendiri dan murid-muridnya. Ia menghadapi kenyataan itu dengan membantu murid untuk menemukan adanya hubungan dan tujuan serta menghubungkan apa yang dipelajarinya dengan kenyataan yang dilihatnya. Oleh itu guru harus mencuba memandang dirinya sendiri sebagaimana orang lain memandangnya.
Guru mencuba bersikap objektif terhadap murid. Ia mencuba menerima mereka seperti sediakala. Ia menghadapi kenyataan bahawa murid seperti itu dan berusaha mengajar muridnya untuk menghadapi kenyataan diri yang banyak di antaranya tidak seperti yang diinginkan. Ia mampu mempergunakan kekuatannya dan memahami kelemahannya.
Tidaklah mudah untuk mempunyai pandangan mengenai diri sendiri yang objektif sifatnya. Ada banyak bahaya dalam proses menhadapi kenyataan. Setiap individu harus mempunyai rasa harga diri dan perasan ini harus dipertahankannya apabila orang itu meninjau dirinya secara lebih saksama dan menemukan banyakciri yang tidak disukainya.
Selagi guru menunjukkan kekurangan murid, ia juga perlu menjelaskan jalan apa yang harus ditempuh murid agar dapat menuju ke arah perkembangan dan pertumbuhan.
Guru yang terbaik mendekati kelas, murid, rakan guru dan mata pelajarannya dengan semangat dan ghairah. Mereka beranggapan bahawa semua yang mendengarkan dirinya akan menjadi mampu, terdorong dan tertarik untuk belajar. Tentu sahaja guru dapat mengingat lebih dari sekali. Pernah mengalami saat-saat ketika kelasnya tidak memberi tanggapan kepada pengajarannta seperti yang mereka kehendaki.
Maka guru adalah orang yang berani menghadapi kenyataan. Ia menghadapi orang sebagaimana adanya di dalam tahap perkembangannya. Ia menerima murid dengan kekuatan dan kelemahan nya. Ia cuba memperolehi pandangan atas dirinya menurut penglihatan muridnya dan mencuba bersikap objektif terhadap apa yang diketahuinya. Ia mengakui bahawa memang ada murid yang ingin belajar dan ada yang tidak. Ia mengakui pula bahawa ada perbezaan dalam kemajuan dan kemampuan belajar seseorang serta membantu murid untuk mengenali kekuatan dan kelemahannya sendiri. Ia mengakui bahawa setiap individu harus mempunyai perasaan harga diri yang harus dikembangkan. Perkara ini harus dipertahankan ketika individu itu memeriksa dirnya dengan saksama dan menemukan ciri-ciri yang tidak disukainya.

No comments: