Tuesday, November 3, 2009

ADAKAH KITA SEORANG YANG PEMIMPI?

Para pemimpin hari ini adalah orang-orang berprestasi untuk hari esok. Tidak ada konsep manusia yang tidak mungkin. Akan tiba saatnya nanti bahawa penggunaan imajinasi secara tepat yang merupakan pendidik, pencipta perkembangan dan pencipta kebahagiaan itu digunakan serta diajar sebagai ilmu. Orang akan belajar mengendalikan dan membimbing kekuatan mental dengan sedemikian rupa sehingga mengarahkannya masuk ke garisan yang tepat untuk menciptakan kerja yang membina.
Perancangan selalu dibuat terlebih dahulu dari bangunannya. Selalu ada ' bangunan khayalan' sebelum 'bangunan nyata' dibuat. Sungguh baik untuk mendirikan bangunan-bangunan khayalan di dalam imajinasi kita tetapi yang yang benar-benar sangat penting adalah membawa khayalan itu ke dunia nyata dan memberikan penerapan yang masuk akal kepadanya supaya khayalan itu memberikan manfaat bagi kita sendiri mahupun bagi dunia.
Kegunaan kita bagi masyarakat bukanlah ditentukan oleh apa yang kita fikirkan, impikan atau yang kita janjikan. Perkara ini ditentukan oleh apa yang kita lakukan. Oleh apa yang kita gerakkan atau dasar-dasar yang kita berikan bagi generasi akan datang untuk mencapai sesuatu yang kiya impikan. Ramai pelopor terkemuka dalam sejarah pemikiran yang disebut sebagai pemimpi. Mereka telah membuka jalan untukm menemui kebenaran baru yang akhirnya benar-benar menjadi nyata. Mereka bukanlah 'memiliki impian yang tidak praktikal' seperti sebutan yang mereka terima pada zamannya. Mereka adalah para pembina dalam pengertian yang sebenarnya iaitu dengan membuktikan ramalan menjadi nyata.
Kita diciptakan untuk memiliki cita-cita. Untuk mendapat peningkatan. imajinasi kita dimaksudkan untuk memainkan peranan hebat dalam karier kita. Tidak ada konsep yang dibuat oleh akal yang tidak mungkin.

No comments: