Thursday, November 5, 2009

KERJA BERTANGGUH TIDAK MENJADI

Pelbagai organisasi telah meletakkan kata-kata ransangan di merata-rata tempat yang boleh di baca oleh stafnya. Antaranya "Lakukan sekarang juga", "Kerja satu ibadah", "terus ke hadapan" dan macam-macam lagi tulisan tertera. Begitu juga di sekolah-sekolah. Moto sekolah dipamerkan di mana-mana agar menjadi pendorong kepada murid, guru dan stafnya.
"Lakukan sekarang juga" merupakan kata ransangan yang mana apabila kita menjalani hidup yang sesuai dengan kata-kata tersebut, kejayaan pasti akan lebih cepat memahkotai usaha kita. Kebiasaan bertangguh atau menundakan tugas yang tidak kita sukai sehingga esok akan menimbulkan banyak kecemasan, ketidakselesaan dan ketidakbahagiaan. Seringkali kita kita lebih banyak mengeluarkan tenaga akibat ketakutan kita kerana tidak mengerjakan tugas, berbanding tenaga yang kita keluarkan untuk menyelesaikan tugas. Sebahagiaan besar tugas yang terlaksana sebenarnya lebih memberikan sedikit masalah daripada jikalau kita hanya menantinya. Kenikmatan dalam menyelesaikan tugas yang sulit merupakan gantian bagi usaha kita.
Jalan menuju kejayaan tidak selalunya merupakan jalan yang paling sedikit persaingannya. Orang yang berjaya dalam hidupnya bukanlah orang yang selalu mencari cara penyelesaian yang paling mudah. Kejayaan lebih banyak diperolehi oleh orang-orang yang ingin menebus segala harga yang harus dibayarnya. Orang yang ingin mencapai tempat tujuan, tidak peduli betapa pun sulitnya perjalanan ke sana. Inilah jenis kehendak yang diperlukan untuk mendapatkan kemenangan.
Kebiasaan untuk menangguhkan tugas yang tidak disukai atau tugas yang agak sulit dan berat, telah menghancurkan banyak kehidupan manusia. Terlalu ramai manusia yang hanya separuh hati mengerjakan sesuatu yang tidak disukainya padahal prestasi menuntut kita untuk menyelesaikan tugas dengan sepenuh hati. Orangyang separuh hati itulah yang kita jumpa tersisih dalam arena kehidupan. Orang yang separuh hati inilah yang kita temui hanya menjadi penonton di pentas kehidupan. Orang yang separuh hatilah yang terkandas di pulau kehidupan yang terpencil.
Dengan penuh kepercayaan, keteguhan hati dan keyakinan ini, kita akan dapat meminimakan penghalang yang sentiasa merintangi dan menghalang perjalan kita.

No comments: