Thursday, November 12, 2009

BUAI LAJU-LAJU

PANTUN GURU DULU
Buai laju-laju
sampai cucur atap
tak dapat masuk U
Jadilah dapat masuk maktab

PANTUN GURU KINI
Bual laju-laju
sampai cucur atap
berusahalah masuk U
selepas berjaya di Maktab

PANTUN GURU SELAMANYA
Buai laju-laju
sampai cucur atap.
sudah berjaya di U
kenapa baru masuk maktab?

DULU KINI DAN SELAMANYA
Buai laju-laju
sampai cucur atap
jaya di maktab jaya di U
jadi guru yang mantap

Buai laju-laju
sampai cucur atap
bila dah jadi guru
mengajar lah dengan cekap

Buai laju-laju
sampai cucur atap
bila dah jadi guru
jangan pula berubah sikap

2 comments:

skylark said...

bos reka sendiri ke? cute. wa suka....

amalhaj said...

buai laju-laju
sampai tepi titi
bila besar jadi cikgu
boleh pakai honda city