Pada suatu hari, Juha telah menghadiri satu majlis perkahwinan salah seorang temannya. Dan dalam masa yang sama kebetulan dia tidak membawa apa-apa hadiah. Sampai di depan pintu pagar rumah tersebut tiba-tiba didapati ada dua pintu masuk. Sebuah bertulis di atasnya DARI SINI MASUK KEDUA PENGANTIN dan yang sebuah lagi bertulis di atasnya DARI SINI MASUK PARA JEMPUTAN.
Maka Juha pun masuklah melalui pintu yang kedua. Apabila sampai ke penghujung jalan dia bertemu lagi dengan buah pintu. Yang pertama bertulis DARI SINI MASUK PARA JEMPUTAN YANG MEMBAWA HADIAH dan yang kedua pula bertulis DARI SINI MASUK PARA JEMPUTAN YANG TIDAK MEMBAWA HADIAH. Apa lagi, Juha pun masuklah melalui pintu yang kedua.
Jalan punya jalan, rupa-rupanya sedar-sedar dia telah berada di tepi jalan raya. Sedarlah dia bahawa dia telah terkeluar dari majlis perkahwinan tersebut.
2 comments:
hihihi..
ini kisah benar ke??
kejam sungguh tuan rumah ini.
kisah lucu yang boleh menjadi pengajaran kepada semua.
hahahehehihihohohuhu
Post a Comment