Tuesday, November 10, 2009

BERNAFASLAH UNTUK HIDUP

"Kita seharusnya menghirup oksigen secukup-cukupnya untuk membakar semua jaringan mati dan menjaga agar aliran darah kita tetap bersih dan kuat. Orang yang hanya setengah bernafas, hanya setengah hidup, semakin banyak bernafas, maka makin panjang hidup."
Kita boleh tetap hidup meskipun berhari-hari tanpa air, berminggu-minggu tanpa makanan tetapi kita hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja jikalau tidak ada udara. Setipa tarikan nafas kita untuk menghirup udara segar merupakan suatu keajaiban. Darah tercemar yang memasuki paru-paru diberi kehidupan baru oleh udara yang kita hirup. Serta merta darah itu dimurnikan dan diberi kehidupan baru. Darah baru yang merah dan murni itu kemudian mengalir ke seluruh tubuh kita dengan membawa kesihatan baru.
Oksigen adalah unsur pemberi hidup yang ditemui di dalam udara. Itulah sebabnya nafas kita adalah hidup kita. Ada cara yang benar dalam bernafas dan ada cara yang salah. Dalam rangka membantu alam dalam proses yang membuat diri kita tetap sihat, kita perlu mempelajari cara bernafas. Meskipun dilengkapi secara baik denga memiliki dua paru-paru, kebanyakan orang jarang memenuhi kedua paru-parunya dengan oksigen yang memberi kita hidup.
Hanya ada satu kekuasan di dunia dan kekuasaan itu adalah kekuasaan Tuhan. Lakukan proses pernafasan kita sebagai kesempatan untuk mengisi tubuh kita dengan kekuasaan yang diberikan oleh Tuhan. Lapan belas sehingga dua puluh kali dalam seminit, kita mendapat kehormatan untuk berhubungan dengan sumber ini. Jangan bernafas sekadarnya dan hanya mengisi bahagian atas paru-paru. Lakukan menghirup nafas dalam-dalam sebagai suatu kebiasaan. Isilah paru-paru sepenuhnya dan kembangkan. Menghembuskan udara secara lengkap akan membuat udara kotor keluar.
Kesedaran untuk menghirup masuk daya hidup dan sihat ini ke dalam tubuh melalui setiap sedutan udara yang kita lakukan akan memberikan kesan yang mengkagumkan dalam putaran tenaga, pembaharuan dan pembaikan tubuh kita, hidup kita.

No comments: