Wednesday, November 11, 2009

KEJAYAAN HIDUP MILIK KITA

Dalam berbagai jalan hidup, peningkatan harus didahului dengan persiapan. Kegagalan hampir selalu terjadi jikalau kita mencari peningkatan tanpa persiapan.
Semua orang mempunyai cita-cita untuk berjaya tetapi jika mereka tidak terlatih untuk berjaya, mempelajari kejayaan dalam hidup maka kemungkinan besar mereka akan bergabung dengan para pejuang yang gagal.
Perusahaan-perusahaan raksasa telah mengemis untuk mendapat pekerja lelaki dan wanita dengan upah RM50,000 setahun. Tawaran ini gagal dalam menghasilkan orang-orang yang dikehendaki sebab tawaran itu gagal dalam mempersiapkan kesempatan besar. Perusahaan-perusahaan yang telah mengkhususkan diri dalam pemilihan pekerja telah dipesan oleh berbagai perusahaan raksasa untuk mencari pekerja bertaraf pengurus dengan kelayakan tertentu menduduki jawatan tertinggi. Fikiran yang tidak terlatih bukan tandingan bagi orang yang terdidik. Ketidaktahuan bukanlah tandingan cendekiawan.
Orang-orang muda yang berkeinginan untuk mendapat kenaikan pangkat selalu mempersiapkan dirinya untuk mendapat kedudukan yang berada di atas, kedudukannya sekarang. Ia selalu mempelajari keadaannya ia cuba untuk membuat dirinya begitu berharga dalam kedudukannya. Pekerja tidak boleh mendapat kenaikan pangkat hanya dengan bekerja sepintas lalu atau mengisi kedudukannya hanya dengan tahap cukup baik. Ia harus melakukan lebih banyak daripada yang diharapkan pihak atasan sebelum ia dapat menarik perhatian khusus pada dirinya. Kebanyakan pekerja tidak bersedia untuk mendapat kenaikan pangkat ketika hal itu benar terjadi pada diri mereka. Mereka tidak berfikir bahawa hal itu boleh datang begitu cepat dan mereka tidak terlatih untuk mendapatkan penghormatan itu. Mereka menyangka masih banyak waktu.
Kejayaan hidup adalah milik kita tetapi seperti juga petani yang mengkehendaki hasil yang melimpah, kita harus mempersiapkan diri untuk menerimanya.

No comments: