Monday, November 2, 2009

SMS LYAS DARI MEKAH


"Apa habaq?
Kami d janadiriah mekah
umrah dah selesai
hujan lebat d Ka'bah mlm Jumaat 45 min
kesihatan la ni baik."
(sms dari Lyas di Mekah)

Teman terima satu sms dari kawan teman yang sedang menunaikan Fardhu Haji di Mekah. Sayu hati teman bile terime sms itu. Mase die antor sms tuh kat Melesia lebih kurang pukul 12.00 tengah ari dan kat Mekah pulak lebih kurang pukul 7.00 pagi. Teman pun terus pukul talipaun kat die gunekan nombor talipaun yang tertera.
Alhamdulillah, teman dapat berlabun dengan die direct dari Sunga Siput ke Mekah. Suare Lyas memang cerie. Didoakan semoge mendapat haji yang Mabrur, Amin.
Teman:- "Assalamualaikum, Tuan Haji, ape khabor"
Lyas:- "Waalaikummussalam, habaq baik."
Teman:- "Isteri aper khabor?"
Lyas:- "Alhamdulillah, kami berdue sihat-sihat ajer, la nih tengah buat ziarah."
Teman:- "Alhamdulillah, seronok bebeno teman dengor suare mike tuh ceria bebeno. Teman doakan mike dgan isteri mike sihat dan selamat."
Lyas:- "Terima kasih."
Teman:- "Semoge dapat haji yang Mabrur mike berdue. Salam buat isteri."
Lyas:- "Insya-Allah, terima kasih. Salam buat semue keluarge dgan kekawan."
Teman:- "Assalamualaikum."
Lyas:- "Waalaikummussalam"
Tetibe tak sedor teman pipi teman dah basah dgan ayo mate. Teman sesungguhnya terharu dan merindui Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Teman merindui Baitullah dan juge Makam Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat. Bile kah teman akan dapat berade di sane sekali lagi?

No comments: