Pada suatu hari, Juha hendak menghidupkan api di tungku untuk memasak. Puas dia tiup dan hembus bara tetapi api tidak juga menyala. Berulangkali dia tiup tetapi api tidak juga mahu menyala hinggakan habislah kepalanya dipenuhi oleh debu dan matanya juga dimasuki debu.
Dia pun berehat sebentar, dia masuk ke bilik isterinya sebentar dan keluar semula sambil menutup kepalanya dengan baju isterinya yang baru diambil dari bilik isterinya.
Kemudian dia pun meniup semula bara dan dengan tiba-tiba api pun terus menyala. Melihat yang demikian, dia terkejut seraya berkata:- "Astaghfirullah, pelik dan ajaib betul, tak sangka rupa-rupanya api pun takut dengan perempuan juga."
No comments:
Post a Comment