Saturday, November 14, 2009

BIARLAH AKU MENANGIS

Lama juga isteri Juha ditimpa sakit hinggakan terus menerus terlantar di katilnya. Maka setiap hari bila Juha pulang dari kerja, dia akan masuk ke dalam kamar menemui isterinya yang sedang terlantar sakit lantas mengusap-usapkan kepala isterinya sambil menangis semahu-mahunya.
Selalulah dia menangis dan boleh dikatakan setiap hari dia pulang kerja dia akan menangisi isterinya yang sedang terlantar itu. Melihatkan yang demikian salah seorang jirannya pun berkata: "Janganlah kamu terus bersedih hati wahai Juha. insya-Allah isteri kamu akan sembuh tidak lama lagi."
Lantas Juha pun berkata: "Wahai jiranku, terima kasihlah atas nasihatmu itu tetapi kamu pun tahu bahawa aku ini setiap hari pagi-pagi lagi sudah keluar rumah pergi kerja. Petang baru pulang, jadi biarkanlah aku menangis samahu-mahunya sebab lepas isteriku meninggal dunia nanti sudah tak bermakna lagi tangisanku kerana dia dusah tiada. Dan lagipun tiada sapa yang akan menangiskannya melainkan aku seorang saja, jadi biarlah aku menangis sepuas-puasnya."

No comments: