Friday, November 13, 2009

ISU-ISU PENDIDIKAN

ISU-ISU PENDIDIKAN
1. PENDEMOKRASIAN (DEMOCRATIZATION)
Isu pokok yang masih dihadapi ialah pendemokrasian pendidikan. Pendidikan sewajarnya diberi secara percuma kepada setiap orang. Mereka juga boleh memilih apa jenis pendidikan yang disukai. Namun pada hakikatnya pendidikan sejagat belum menjadi kenyataan. Terdapat masih ramai kanak-kanak yang tidak bersekolah. Lantaran itu masih ramai orang yang tidak tahu mambaca dan menulis.
2. KESAKSAMAAN (EQUITY)
Ia berkait rapat dengan isu pendemokrasian pendidikan iaitu mendapatkan peluang yang sama dalam penggunaan sumber pendidikan iaitu guru, kemudahan asas, alatan dan sebagainya. Walaupun kemudahan-kemudahan sumber pendidikan diberi, peluang dan alatan yang serupa tidak mungkin didapati oleh semua kanak-kanak. Kemudahan di luar bandar mungkin tidak sama apa yang diperolehi di bandar.
3. KECEKAPAN (EFFICIENCY)
Kecekapan menggunakan sumber yang ada juga adalah isu pendidikan. Penggunaan wang, tenaga manusia, peralatan da kemudahan lain wajar digunakan cekap. Bagaimanakah setiap sumber itu digunakan dengan cekap dan berkesan?
4. KESESUAIAN (RELEVANCE)
Kesesuaian kursus dengan keperluan pasaran buruh juga adalah isu. Pembuat dasar harus memikirkan tentang mata pelajaran, sukatan pelajaran, jenis latihan dan lain-lain yang sesuai dengan kehendak semasa. Mereka harus memikirkan tentang jenis kurikulum yang akan dilaksanakan.
5. CARA PENYAMPAIAN (MODES OF DELIVERY)
Pada peringkat yang lebih khusus, perancangan berhadapan dengan masalah cara penyampaian yang berkesan. Untuk mencapai hasrat pemdemokrasian, kesaksamaan, kecekapan dan kesesuaian, apakah cara penyampaian yang paling baik? Adakah cara tradisional pengajaran di bilik darjah masih sesuai? Apakah kekuatan dan kelemahan cara ini? Apakah ada cara lain lebih sesuai yang boleh digunakan?
6. KEKANGAN KEWANGAN (FINANCIAL CONSTRAINTS)
Mereka yang terlibat harus membuat pertimbangan apa yang boleh dibuat dengan sumber kewangan yang terhad. Juga perlu difikirkan, apakah yang perlu didahului dan dikemudiankan?
7. PENGGUNAAN KEMUDAHAN DAN PERSONEL (UTIZATION)
Sehubungan dengan kekangan kewangan ialah masalah penggunaan kemudahan dan sumber tenaga yang ada untuk mendapatkan hasil yang optimum. Orang yang bertanggungjawab harus memikirkan cara yang sebaik mungkin untuk menggunakan setiap kemudahan agar dapat memberi manfaat sepenuhnya.
8. ORGANISASI (ORGANIZATION)
Dalam soal organisasi, perkara seperti saiz sesebuah kelas harus difikirkan. Adakah sebuah kelas yang kecil lebih berkesan daripada sebuah kelas yang besar? Manakah lebih baik antara pemberian bantuan biasiswa dengan penubuhan asrama bagi murid-murid miskin?
9. PENGURUSAN (MANAGEMENT)
Dalam soal ini mereka yang terlibat harus memikirkan antara lain tentang kehendak pengurusan sesebuah sekolah. Sekolah besar berbeza dengan sekolah yang kecil. Begitu juga corak pengajaran dan pembelajaran setiap mata pelajaran yang ada perbezaannya.
10. PENILAIAN DAN PENGUKURAN (EVALUATION)
Mengenai perkara ini, yang paling sukar dibuat ialah penilaian nilai dan sikap. Satu kriteria harus dicari untuk menentukan yang penilaian dibuat paling tepat.
11. LATIHAN GURU (TRAINING AND RETRAINING)
Latihan guru dan kursus dalam perkhidmatan untuk guru memakan belanja yang banyak. Sewajarnya usaha penjimatan dilakukan tanpa mengurangkan latihan atau kursus kepada guru.
12. BUKU TEKS DAN MEDIA (TEXTBOOK AND LEARNING MEDIA)
Oleh kerana kedua-dua perkara ini sangat penting, cara yang paling cekap untuk mengadakan buku teks dan media pengajaran dan pembelajaran wajar difikirkan. Tambahan pula sekarang ini semua murid mendapat bekalan buku teks secara percuma.
13. PENDIDIKAN BERKUALITI
Pada hari ini apabila membincangkan tentang pendidikan, timbul pula isu kualiti. Ia merupakan fokus kepada para pendidik terutama kepada Guru Besar atau Pengetua.

No comments: