Friday, November 6, 2009

KESERASIAN DALAM PEKERJAAN

Menemui bidang kerja yang tepat mempunyai kaitan sangat erat dengan kesempatan untuk mendapat kejayaan hidup. Unsur-unsur kebetulan secara besar-besaran disingkirkan ketika kita mendapatkan kenikmatan dan kebahagiaan dalam bidang kerja kita, ketika perkerjaan kita menjadi pekerjaan yang kita cintai. Dan tentu sahaja unsur-unsur kebetulan itu menjadi tersingkir secara lengkap bila kita menggantikan dengan rancangan dan tujuan.
Adalah tidak mungkin memperhitungkan penderitaan luarbiasa yang dialami oleh berbagai individu dan kerugian yang dialami masyarakat sebagai akibat ramainya manusia yang berada di tempat yang salah. Ia umpama pasak yang bulat yang hendak dimasukkan ke dalam lubang yang persegi. Berjuta-juta manusia yang tidak bahagia dan tidak pruduktif kerana mereka melakukan tugas yang tidak mereka sukai.
Menjadi paling lulus mengacu pada keadaan mental yang ditemukan orang yang berkaitan dengan pekerjaannya. Semua ini lebih berkaitan dengan sikap bukannya bakat. Jika kita tidak terlibat dalam pekerjaan yang sebenarnya yang ingin kita lakukan maka kita seperti memakai pakaian yang sebenarnya dibuat bagi orang bertubuh kecil atau lebih kecil dari kita. Kecintaan terhadap pekerjaan atau pekerjaan yang dicintailah yang menyingkirkan segala jenis kejemuan yang terdapat dalam pekerjaan itu dan membuatnya menjadi memuaskan.
Menciptakan manusia yang sejati seharusnya menjadi sasaran utama setiap bidang kerja. Ramai orang memberi penekanan pada hal-hal yang keliru dengan membuat ganjaran material sebagai faktor penentu dalam pilihan seseorang. Kebanyakan orang tidak berkesan, tidak cekap, tidak bahagia kerana mereka tidak berada di tempat yang tepat, kalau kita mendapat kenikmatan dalam menyelesaikan tugas di bidang kerja yang berkaitan.

No comments: