Friday, November 20, 2009

DI SINI KITA BUAT TANDAS

Pada suatu hari, Juha telah memanggil seorang tukang bina rumah untuk menyiapkan rumahnya yang telah lama terbengkalai sebab pekerjanya lari. Maka bila sampai tukang bina , Juha pun membawa masuk ke dalam bangunan rumah untuk dilihat. Bangunan rumahnya yang belum siap itu dua tingkat.
Jadi berulanagkali mereka berdua turun naik semata-mata untuk melihat dan juga untuk memastikan penyusunan yang sesuai untuk rumah tersebut. Di mana dapur, di mana ruang tamu, di mana bilik tidur dan lain-lain lagi.
Setelah agak lama mereka turun naik lalu tukang bina pun berkata kepada Juha:- "Baiklah, di sini kita buat ruang tamu." lalu mereka berjalan lagi: "Dan di sini kita buat dapur." Mereka berjalan lagi:- "Dan di sebelah atas kita buat bilik tidur." Kemudian mereka berjalan lagi dan agak lama juga tukang bina berfikir, tiba-tiba oleh kerana tukang bina terlalu letih dia pun terkentut. Apa lagi, Juha pun terbau busuk lalu secara spontan Juha pun berkata kepada tukang bina kerana tidak larat untuk melayannya:- "Ha! Di dini pula kita buat tandas."

3 comments:

kembara kelana said...

buat rumah ni memang payah kalau banyak sangat pendapat bang aji..

chehassan said...

Cikgu boleh jadi pengarang yang baik. Macam Kembara Kelana jugak. Buatlah sesuatu, tulis cerpen atau novel.

amalhaj said...

Adik Kembara Kelana:-
Begitulah jadinya seandainya perancangan yang dibuat itu longgar dan sekadar ada sahaja.....

chehassan:-
10Q cikgu. Teman nih biase2 ajer. Bukan permata dan bukannya emas dan teman hanyalah sekadar di pinggiran......