Kebiasaan adalah suatu alat yang digunakan oleh ramai untuk menyingkirkan berbagai kelemahan yang menghalang kualiti kita dan menghancurkan berbagai keberkesanan.
Kalau kita menyedari adanya kelemahan mental atau kemampuan yang kurang pada diri anda, lawanlah hal itu dengan dengan cara berfikir dengan arah yang bertentangan. Keluarkan kemampuan atau kualiti terbaik kita. Inilah sistem praktikal yang diperlukan untuk membuat kita berada dalam kedudukan normal. Pemikiran normallah yang membuat hidup menjadi normal.
Kelemahan atau kemampuan kita yang kurang pada akhirnya akan menakluki diri kita, jika kita membiarkannya. Bila kita menyerahkan hidup kita yang begitu berharga dalam genggaman kelemahan itu. Kita akan menjadi lemah atau kuat, menjadi hamba atau penguasa bergantung kepada kenyataan apakah kita bangun mengatasi kelemahan dan kekurangan itu atau kita membiarkan diri kita menjadi lebih lebih rendah.
Para lelaki dan wanita terkemuka di masa lalu dan sekarang memberitahu bahawa dalam berbagai cara, kebanyakan orang memperolehi hal-hal yang mereka harapkan dan usahakan dengan tabah. Meskipun kita terjatuh ketika sudah dekat dengan sasaran. Namun kalau kita tetap mencarinya dan mengusahakannya dengan tabah, maka kita akan semakin dekat dengan prestasi itu. Dengan kukuh mengenggam harapan di dalam fikiran kita, kita akan dibantu dalam proses pencapaiannya. Proses penyingkiran kelemahan juga akan memberikan manfaat kepada kita dengan cara yang sama.
Ada suatu kekuatan baik yang luar biasa yang terdapat dalam pembentukan kebiasaan untuk mengukuhkan dan menuntut kualiti yang kita harapkan sebagai suatu hak asasi. Baik mengenai pengulangan kelemahan mahupun pencapaian hasrat hati kita, tindakan membuat anggapan tentang suatu sasaran dengan seluruh kekuatan kehendak dan ketetapan hati akan cenderung manarik sasaran itu ke arah kita.
No comments:
Post a Comment